PENGENALAN
Hasrat Sari Sdn Bhd ditubuhkan pada 9 Julai 2001. Bermula sebagai galeri buku dan alat tulis yang pertama dibuka di daerah Balik Pulau, Pulau Pinang
Premis perniagaan bermula bertempat di Taman Seri Indah Balik Pulau dan kini telah pindah beroperasi di Taman Seri Sayang, Balik Pulau bermula Oktober 2016.
Syarikat ini diterajui oleh Kapt. (B) Noordin Bin Ahmad bersama isteri beliau Puan Rosiah Binti Shaari.


Penglibatan syarikat didalam bidang peruncitan dan pembekalan buku serta alat tulis kini telah berkembang dibidang penerbitan buku. Ianya merangkumi pembekalan dan pengedaran ke seluruh negeri-negeri di Malaysia.
Syarikat kini didalam era penghasilan produk berjenama dengan pembaharuan semula produk yang diimport dari luar negara, khususnya alat bantuan pembelajaran.
Penghasilan peralatan bantuan pembelajaran kini sedang berkembang terutamanya menjurus kepada kanak-kanak pra sekolah serta para guru yang berkenaan.

Visi
Kearah menjadikan syarikat Bumiputera yang terulung dan berwibawa menerajui bidang peruncitan, pembekalan dan perkhidmatan buku, alat tulis serta peralatan bantuan pembelajaran.
Misi
- Memberi khidmat pelanggan yang efisien, pantas dan berkualiti.
- Menawarkan produk yang berkualiti dan mempunyai sahsiah yang tinggi
- Memenuhi permintaan pasaran dari semasa ke semasa.
- Sentiasa peka dengan perubahan harga semasa dan menawarkan harga yang lebih kompetitif.
- Berdaya saing dalam semua bidang khususnya dalam bidang pembekalan dan peruncitan.
Senarai Pelanggan

Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia

Maktab Rendah Sains Mara Balik Pulau

Perpustakaan Awam Negeri Pulau Pinang

Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang
New Arrival
Produk terbaru dari Hasrat Sari Sdn. Bhd. Sesuai untuk pelajar sekolah yang inginkan pembelajaran yang futuristik.







